Huawei Watch GT Akan Dijual Dalam Dua Varian Bermula 6 November Pada Harga Bermula RM899 Comments Off on Huawei Watch GT Akan Dijual Dalam Dua Varian Bermula 6 November Pada Harga Bermula RM899

Serentak dengan pelancaran siri Huawei Mate 20 pada 16 Oktober yang lalu, Huawei juga telah mengumumkan kehadiran jam tangan pintar baharunya iaitu Huawei Watch GT.

Dilengkapi dengan paparan skrin sentuh AMOLED berukuran 1.39 inci dengan resolusi 454 x 454 piksel, Huawei Watch GT menjanjikan ketahanan lebih baik melalui rekaan bezel seramik, kerangka stainless steel dan juga lapisan DLC. Malah sokongan bateri berkapasiti 400 mAh juga mampu menjanjikan ketahanan sehingga dua minggu.

Huawei Watch GT yang hadir dengan Huawei TruSeen 3.0 ini juga mampu membantu si pemakai untuk mendapatkan bacaan degupan jantung yang lebih efisien dan tepat. Aktiviti bersenam juga kini terasa jauh lebih baik dengan adanya sokongan 3 sistem kedudukan satelit iaitu GPS, GLONASS dan juga GALILEO.

Huawei Watch GT Sport (gambar kiri dan tengah) dan juga Huawei Watch GT Classic (gambar kanan).

Ia akan mula dijual di Malaysia bermula 6 November nanti dalam versi Bluetooth sahaja pada harga RM899 untuk varian Sport, manakala varian Classic pula akan dijual pada harga RM999.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi Huawei Malaysia.

Baca juga:

Huawei Watch GT Diumumkan Dengan Kejuruteraan Dwi Cip Yang Menjanjikan Ketahanan Bateri Sehingga 14 Hari

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend