Huawei Watch GT 42mm Dan 46mm Akan Dijual Pada Harga RM799 Dan RM899 Comments Off on Huawei Watch GT 42mm Dan 46mm Akan Dijual Pada Harga RM799 Dan RM899

Pada pelancaran siri Huawei P30 petang tadi, pihak Huawei turut mengumumkan ketersediaan jam tangan pintar terbaharu mereka iaitu Huawei Watch GT Active Edition / Elegant Edition untuk pasaran tempatan.

Bagi mereka yang berminat dengan jam tangan pintar daripada Huawei ini, anda boleh bersiap sedia untuk membelanjakan wang sebanyak RM799 dan RM899 untuk dua varian 42mm dan 46mm. Dua model berbeza ini direka khusus untuk golongan lelaki dan perempuan melalui dua rekaan kerangka yang berbeza.

Pihak Huawei memaklumkan Huawei Watch GT terbaharu akan ditawarkan di Malaysia bermula 6 April 2019 seiring dengan penjualan pertama siri Huawei P30. Bagaimanapun, untuk varian 42mm iaitu Elegant Editon akan mula berada di pasaran bermula pada 4 Mei 2019.

Kedua-dua jam tangan pintar ini didatangkan dengan paparan OLED berbentuk bulat berukuran 1.39-inci (46mm) dan 1.2-inci (42m). Ia ditawarkan dengan pilihan warna jingga dan hijau gelap untuk varian Active, sementara warna hitam dan putih untuk varian Elegant.

Baca juga:

Barisan Huawei Watch GT Kini Menyertakan Active Edition Dan Elegant Edition

Huawei P30 Pro Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM3,799 – Diikuti P30 Berharga RM2,699

Pra-Tempah Huawei P30 dan P30 Pro Untuk Menikmati Jaminan Waranti Sehingga 18 Bulan

Huawei MateBook 13 Dengan Paparan 2K FullView Akan Dijual Pada 6 April – Harga Bermula RM3,999

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend