HUAWEI Watch GT 2e dan Watch GT 2 42mm Edisi Baharu Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu Comments Off on HUAWEI Watch GT 2e dan Watch GT 2 42mm Edisi Baharu Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu

Selain melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu siri HUAWEI P40, di dalam majlis tersebut turut menyaksikan kemunculan dua model jam tangan pintar baharu iaitu HUAWEI Watch GT 2 42mm edisi baharu dan juga Watch GT 2e.

Berbeza dengan edisi biasa Watch GT 2 42mm yang sebelum ini didatangkan dalam warna kerangka hitam dan emas, kini HUAWEI telah memperkenalkan edisi baharu iaitu ‘Champagne Gold Edition’ yang memiliki sentuhan warna keemasan yang lebih lembut.

Manakala Watch GT 2e pula menampilkan sedikit kelainan pada rekaan kerangkanya yang kini kelihatan sedikit moden dan aktif berbanding Watch GT 2 biasa. Selain rekaan bezel yang diperbaharui, sentuhan pada butang fizikal (crown) Watch GT 2e ini juga sedikit berbeza.

Menariknya Watch GT 2e bukan sahaja menyokong sehingga 100 mod senaman, tetapi ia juga dilengkapi dengan ciri pengesanan aktiviti bersenam secara automatik dan juga SpO2 Monitor.

Kedua-dua jam tangan pintar terbaharu HUAWEI ini telah dikuasakan dengan cip pemproses Kirin A1 yang mampu menjanjikan ketahanan bateri sehingga 14 hari.

HUAWEI Watch GT 2 42mm Champagne Gold Edition akan dijual pada harga bermula daripada EUR229 (~RM1,091). Manakala HUAWEI Watch GT 2e pula berharga EUR199 (~RM949).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend