HUAWEI Vision X65 Kini Rasmi Dengan Skrin 4K HDR OLED 65″, 120Hz Dan 14 Speaker Dalam Skrin Comments Off on HUAWEI Vision X65 Kini Rasmi Dengan Skrin 4K HDR OLED 65″, 120Hz Dan 14 Speaker Dalam Skrin

HUAWEI baru-baru ini telahpun melancarkan TV pintar OLED pertamanya dengan kehadiran HUAWEI Vision X65 yang kini sudahpun boleh dipra-tempah secara rasmi untuk pasaran di China.

HUAWEI Vision X65 menampilkan panel skrin OLED berukuran 65 inci dengan sokongan teknologi paparan 4K HDR, gamut warna DCI-P3 dan juga kadar segar semula mencecah 120Hz. Paparannya TV pintar ini juga turut menerima perlindungan TUV Rheinland Eye Comfort Certification dan juga keterangan maksimum mencecah 1000 nit.

TV pintar ini telah dikuasakan dengan CPU Honghu 898 yang menampilkan sokongan empat teras yang terdiri daripada dua teras Cortex-A73 dan juga dua teras Cortex-A53. Ia juga turut menyokong GPU Mali-G51 MP4, RAM 6GB dan juga storan sebesar 128GB.

HUAWEI Vision X65 juga turut dilengkapi dengan 14 speaker yang terdiri daripada 6x speaker 10W frekuensi penuh, 6x speaker 3W frekuensi tinggi, dan juga 2x speaker 20W frekuensi rendah. Kualiti speaker ini ditambah pula dengan efek bunyi keliling 5.1 channel.

Didatangkan dengan kamera terangkat 24MP Ultra Wide Angle dengan sokongan AI, ia boleh digunakan untuk menjejaki pergerakan ketika membuat panggilan video, dan juga untuk mengawal TV menggunakan isyarat tangan.

Pra-tempah HUAWEI Vision X65 kini sudahpun mula dibuka di China dan akan dijual pada harga CNY24,999 (~RM15,344).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend