Huawei Umum Untuk Menyekat Aplikasi Pelancar Pihak Ketiga Pada Peranti EMUI 9 Comments Off on Huawei Umum Untuk Menyekat Aplikasi Pelancar Pihak Ketiga Pada Peranti EMUI 9 657

Pada November tahun lepas, Huawei telahpun mengambil pendekatan untuk menyekat penggunaan aplikasi pelancar (launcher) pihak ketiga pada peranti Huawei dan juga Honor yang dioperasikan dengan EMUI 9 di China.

Nampaknya tindakan yang sama akan turut dibuat terhadap peranti EMUI 9 versi global yang lain selepas satu pengumuman telah dibuat di dalam forum rasminya. Menurut Huawei, pendekatan ini telah dibuat selepas mereka telah menerima banyak maklum balas daripada pengguna yang berhadapan dengan pelbagai masalah selepas menggunakan aplikasi pelancar pihak ketiga.

Tambah Huawei lagi, kebanyakan aplikasi pelancar pihak ketiga juga telah diselitkan dengan pengiklanan yang akan dipaparkan secara automatik pada skrin peranti. Selain mengganggu kelancaran sistem operasi, ia juga dikatakan turut terdedah dengan risiko privasi pemilik peranti tersebut.

Jadi melalui kemas kini EMUI 9 nanti, pengguna tidak lagi dibenarkan untuk menetapkan aplikasi pelancar pihak ketiga sebagai tetapan lalai (default).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend