Huawei Umum Sokongan Fungsi ‘Huawei Share OneHop’ Untuk Siri MateBook Model Lama Comments Off on Huawei Umum Sokongan Fungsi ‘Huawei Share OneHop’ Untuk Siri MateBook Model Lama 310

Fungsi Huawei Share sebelum ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya bersama-sama dengan kemas kini EMUI 8.1, bagi memudahkan proses perkongsian fail antara peranti Huawei atau Honor dengan lebih mudah dan cepat. Kemudiannya fungsi itu telah dipertingkatkan lagi dengan fungsi baharu yang dikenali sebagai Huawei Share OneHop untuk siri MateBook baharu dengan sokongan NFC.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh portal mydrivers, bermula 11 Mei 2019, Huawei MateBook X Pro, MateBook X dan juga MateBook D (model 2018) akan turut menyokong fungsi Huawei Share OneHop. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pemilik model MateBook yang dinyatakan boleh memasang tag Huawei Share di pusat servis Huawei secara percuma.

Walau bagaimanapun, buat masa ini hanya pemilik MateBook dengan sokongan NFC di China sahaja boleh mengaktifkan fungsi Huawei Share OneHop. Manakala pemilik MateBook global akan menerimanya pada masa akan datang.

Miliki siri Huawei MateBook eksklusif di Huawei Online Official Store:

Baca juga:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend