Huawei Umum Program Beta Android 9.0 Pie Untuk 10 Peranti Keluarannya, Termasuk Siri Mate 9 Dan Siri P10 Comments Off on Huawei Umum Program Beta Android 9.0 Pie Untuk 10 Peranti Keluarannya, Termasuk Siri Mate 9 Dan Siri P10

pie asa ini hanya Huawei Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X sahaja yang telah dioperasikan dengan antaramuka EMUI 9.0 yang berasaskan Android 9.0 Pie. Manakala peranti Huawei yang lain seperti siri Mate 10 dan juga siri P20 untuk pengguna tempatan masih lagi dalam peringkat pengujian beta yang baru sahaja bermula pada 16 Oktober yang lalu.

Hari ini Huawei telah mengumumkan berita baik dengan membuka program beta Android 9.0 Pie untuk 10 lagi model telefon pintar dan tablet keluarannya. Walau bagaimanapun, buat masa ini program beta ini hanya boleh disertai oleh pengguna di China dan Eropah sahaja. Manakala untuk pasaran global yang lain (termasuk Malaysia) akan hanya menerimanya tidak lama lagi.

Apa yang pasti, dengan adanya program beta ini ia secara tidak langsung mengesahkan penerimaan kemas kini Android 9.0 Pie untuk peranti yang terlibat pada masa akan datang.

Senarai peranti Huawei yang boleh menyertai program beta Android 9.0 Pie:

  • Huawei Mate 9
  • Huawei Mate 9 Pro
  • Huawei Mate 9 Porsche Design
  • Huawei P10
  • Huawei P10 Plus
  • Huawei Nova 2s
  • Huawei Nova 3
  • Huawei MediaPad M5 8.4
  • Huawei MediaPad M5 10.8
  • Huawei MediaPad M5 Pro 10.8

Pemilik Peranti Huawei Terpilih Di Malaysia Kini Sudah Boleh Menyertai Program Beta Android 9.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend