HUAWEI Umum Pendapatan Suku Ketiga 2019, Penghantaran Telefon Meningkat 26% Comments Off on HUAWEI Umum Pendapatan Suku Ketiga 2019, Penghantaran Telefon Meningkat 26% 151

Baru-baru ini HUAWEI telah mengumumkan pendapatan syarikat bagi suku ketiga tahun 2019. Ia menunjukkan pertumbuhan sebanyak 24.4% walaupun mendapat sekatan daripada pihak kerajaan Amerika Syarikat.

Pendapatan yang direkodkan ialah 610.8 bilion yuan (hampir RM360 juta) dengan keuntungan bersih sebanyak 8.7 bilion yuan pada ketika itu. Ia merangkumi ICT, mudah alih, awan, perniagaan pengguna, dan perniagaan penyelesaian syarikat.

HUAWEI mengatakan perniagaan terhadap telefon pintar masih dalam keadaan baik malah penghantaran sepanjang tahun 2019 melebihi 185 juta unit menunjukkan peningkatan sebanyak 26%. Syarikat ini juga melihat permintaan produk seperti PC, tablet, peranti boleh pakai, dan peralatan audio pintar makin memberansangkan.

Sehingga kini, HUAWEI masih belum mendapat akses penuh untuk perdagangan dengan Amerika Syarikat walaupun berulang kali mereka menepis dakwaan ancaman terhadap keselamatan. Syarikat nombor satu telekomunikasi China ini bagaimanapun memberitahu bahawa mereka telah kerugian sebanyak USD10 bilion sejak berlakunya sekatan perdagangan ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend