HUAWEI Umum Pemproses AI Paling Berkuasa Di Dunia Dengan Pelancaran Cipset Ascend 910 Comments Off on HUAWEI Umum Pemproses AI Paling Berkuasa Di Dunia Dengan Pelancaran Cipset Ascend 910 329

Berlokasi di Shenzhen, China, hari ini HUAWEI dengan rasminya telah melancarkan pemproses AI yang didakwa paling berkuasa di dunia dengan kemunculan cipset Ascend 910. Mengambil masa lebih kurang setahun untuk dibangunkan, pemproses Ascend 910 dilaporkan telah berjaya mencapai sasaran prestasi yang diingini dengan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah berbanding perancangan awal.

Menurut HUAWEI, Ascend 910 menjanjikan prestasi AI yang jauh lebih tinggi berbanding pemproses AI lain di dunia. Ini telah dibuktikan melalui pencapaiannya untuk menghasilkan sehingga 256 TeraFLOPS dan juga 512 TeraOPS. Selain prestasi yang berkuasa, penggunaan kuasa maksimum yang dicatatkan oleh Ascend 910 hanya setakat 310W, jauh lebih rendah berbanding perancangan awalnya iaitu 350W.

Selain pemproses Ascend 910, HUAWEI turut melancarkan rangka kerja pengkomputeran AI untuk semua senario yang dikenali sebagai MindSpore. Melalui sokongan MindSpore, ia bukan sahaja memudahkan pembangunan aplikasi AI, menjadikan aplikasi AI lebih luas dan mudah diakses, tetapi ia turut memastikan perlindungan privasi yang lebih terjamin.

Dengan kombinasi antara Ascend 910 dan juga MindSpore, ia berupaya mempercepatkan latihan model AI dua kali lebih cepat berbanding kad latihan yang menggunakan TensorFlow.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend