Huawei Umum ‘Pelan Perlindungan Kerosakan Cecair Dan Kemalangan’ Untuk Perantinya Di India Comments Off on Huawei Umum ‘Pelan Perlindungan Kerosakan Cecair Dan Kemalangan’ Untuk Perantinya Di India

Hasil kerjasama antara Huawei dengan OneAssist telah menyaksikan penawaran satu pelan perlindungan terbaru untuk peranti keluaran Huawei yang terlibat dengan kerosakan disebabkan terkena air dan juga kemalangan seperti hilang atau diragut. OneAssist telah dipilih selepas ia merupakan syarikat tempatan yang sememangnya dikenali dengan skim perlindungan untuk telefon mudah alih, komputer riba, dompet dan juga kad kredit di negara itu.

Pelan perlindungan ini bermula pada harga serendah Rs.1,249 (kira-kira RM73) dan ia sah digunakan untuk tempoh setahun selepas tarikh pengaktifan pelan. Buat masa ini, pelan perlindungan ini hanya ditawarkan untuk beberapa model Huawei dan Honor yang terpilih iaitu Huawei P20 Pro, Huawei P20 Lite (dikenali sebagai Huawei nova 3e), honor 7X, honor View 10 dan juga honor 8 Pro.

Dengan adanya pelan perlindungan ini, sebarang kerosakan yang tidak disengajakan seperti terkena air, terjatuh dan sebagainya. Malah pelanggan juga akan menerima faedah lain seperti pengambilan serta penghantaran peranti secara percuma, talian bantuan 24 jam, dan juga perkhidmatan tuntutan tanpa dikenakan kos.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend