Huawei Umum Mate 20 Pro 8GB + 256GB Untuk Pasaran Malaysia Comments Off on Huawei Umum Mate 20 Pro 8GB + 256GB Untuk Pasaran Malaysia

Minggu ini Huawei Malaysia telah mengacah untuk membawa masuk sebuah lagi model tambahan dalam keluarga Mate 20. Pada masa itu, kami menjangkakan peranti tersebut mungkin Mate 20 RS Porsche Design tetapi beberapa bulan lepas kami telah diberitahu ia tidak akan dibawa masuk ke Malaysia.

Bagaimanapun, teori kedua kami tepat apabila Huawei Malaysia mengumumkan Mate 20 Pro varian 8GB dan 256GB storan akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Tidak banyak yang disebut dalam kenyataan itu tetapi menurut Huawei ia hanya tersedia dengan warna Twilight sahaja.

Setakat ini Mate 20 Pro di pasaran menawarkan kapasiti memori 6GB RAM dan 128GB storan pada harga runcit RM3599 seunit.

Tiada pengumuman harga dibuat tetapi kami yakin ia mungkin dijual sekitar RM4,000 atau kurang (diharapkan). Ketersediaannya pula adalah sebelum penghujung tahun ini.

Huawei Mate 20 Pro – Android Paling Lengkap Setakat Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend