Huawei Umum Fon Telinga Dengan Pembatalan Bunyi Menerusi Huawei FreeLace Comments Off on Huawei Umum Fon Telinga Dengan Pembatalan Bunyi Menerusi Huawei FreeLace 318

Bersama-sama pelancaran Huawei P30 dan P30 Pro, Huawei turut memperkenalkan fon telinga dengan fungsi pembatalan bunyi yang dinamakan Huawei FreeLace. Fon telinga ini boleh disambungkan kepada peranti menerusi sambungan Bluetooth ataupun sambungan USB Type-C yang pada masa sama akan mengecasnya.

FreeLace didatangkan dengan pemacu dinamik 9.2mm yang direka dengan butang kawalan di sebelah kiri dan kanan kotak utamanya. Kabel yang digunakan pula adalah berasaskan titanium aloi bersama balutan getah bertujuan untuk memberikan ketahanan yang berpanjangan serta mengekalkan bentuknya.

Fon telinga ini juga menerima pensijilan IPX5 yang mampu bertahan daripada peluh malah dengan ciri pembatalan bunyi angin menjadikan FreeLace ini sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti luar rumah. Ini bermakna fon telinga ini tidak menawarkan ciri pembatalan bunyi yang diharapkan pengguna.

Daripada segi praktikaliti, FreeLace dilengkapi magnet untuk memudahkan ia bersambung antara satu sama lain apabila tidak digunakan. Selain daripada itu, permukaan luar magnet ini juga boleh disentuh untuk menghentikan seketika lagu, menjawab panggilan, ataupun meletak panggilan.

Daripada segi bateri, FreeLace menawarkan masa mengguna yang agak panjang iaitu sekitar 12 jam bercakap atau 18 jam mendengar muzik. Ia juga hadir dengan teknologi pengecasan pantas yang membolehkan fon telinga memainkan muzik selama 4 jam dengan 5 minit pengecasan.

Huawei FreeLace hadir dengan empat pilihan warna sama seperti barisan Huawei P30 dan P30 Pro.

Baca juga:

Huawei 12000 40W SuperCharge Power Bank Turut Diumumkan

Kaca Mata Huawei Dengan Kerjasama Gentle Monster Bakal Hadir Ke Pasaran Julai Nanti

Huawei P30 dan P30 Kini Rasmi Dengan Kirin 980, Kamera 40MP LEICA dan Bateri Lebih Besar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend