Huawei TV Bakal Dilancarkan Pada April 2019, Berkemungkinan Hadir Dengan Sokongan Dwi Kamera Comments Off on Huawei TV Bakal Dilancarkan Pada April 2019, Berkemungkinan Hadir Dengan Sokongan Dwi Kamera

Dalam industri pembuatan telefon pintar, Huawei tidak dinafikan merupakan antara pengeluar yang paling popular kerana tersenarai sebagai antara tiga jenama terbesar di pasaran buat masa ini. Nampaknya Huawei bakal mengukuhkan lagi kedudukannya di pasaran apabila dilaporkan akan melancarkan TV pertamanya menjelang April 2019 nanti.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, Huawei TV bukan sekadar televisyen pintar yang biasa kerana ia juga dipercayai akan turut didatangkan dengan sokongan dwi kamera. Ini secara tidak langsung membolehkan pemilik Huawei TV untuk menjalankan aktiviti panggilan video ataupun penstriman video dengan lebih mudah di ruang tamu.

Huawei TV sebelum ini turut dilaporkan akan didatangkan dalam dua varian panel skrin iaitu 55 inci dan juga 65 inci, dan ia bakal menggunakan panel skrin yang dihasilkan oleh BOE Display dan juga Shenzhen China Star Optoelectronics. Bahkan pada penghujung 2018 yang lalu juga Huawei telah menghantar nama tanda dagangan ‘Huawei AI Window’ yang dipercayai akan digunakan pada Huawei TV.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend