Huawei Treasure Hunt Pada 18 Dan 19 Januari Ini Disertai Harisson Jub Comments Off on Huawei Treasure Hunt Pada 18 Dan 19 Januari Ini Disertai Harisson Jub

Aktiviti mencari harta karun yang dianjurkan Huawei Malaysia akan berlangsung pada 18 Januari ini hingga 19 Januari depan. Dinamakan sebagai Huawei Treasure Hunt, aktiviti ini bakal disertai oleh orang ramai khususnya pengguna siri Huawei Mate 20. Menariknya, ia turut disertai oleh selebriti kecergasan terkenal, Harisson Jub.

Aktiviti pencarian harta karun ini akan mengambil tempat di sekitar Kuala Lumpur, Seremban, dan Melaka. Melalui kolaberasi dengan syarikat kenderaan mewah, kita juga boleh menjangka BMW akan mempromosikan kereta terbaharu mereka, BMW X3 xDrive 30i pada hari tersebut.

Bagaimanapun, tarikh pendaftaran untuk meyertai aktiviti ini telahpun ditutup pada 11 Januari yang lepas. Pengumuman peserta juga telah dibuat pada semalam (14 Jan 2019).

Beli siri Huawei Mate 20 anda hari ini:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend