HUAWEI Tidak Mahu Menggantikan Android, Hanya Google Service Sahaja Comments Off on HUAWEI Tidak Mahu Menggantikan Android, Hanya Google Service Sahaja 215

Kegagalan HUAWEI untuk meletakkan Google Mobile Service dalam peranti terbaru mereka, siri Mate 30 adalah disebabkan sekatan perdagangan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Sehingga kini, HUAWEI masih lagi tidak mendapat kebenaran untuk memiliki lesen dari Google, dan kerana itu timbul khabar angin yang mendakwa syarikat China ini mahu menggantikan Android dengan sistem operasi HarmonyOS.

Menurut Presiden Media Global dan Komunikasi, Joy Tan dalam kenyataan terbaru telah mengesahkan bahawa HUAWEI akan terus menggunakan Android untuk telefon pintar akan datang. Syarikat masih memerlukan platfom sedia ada untuk masa terdekat ini malah peralihan kepada sistem operasi baharu bakal merugikan keyakinan pengguna. Dengan ramainya pengguna yang masih bergantung kepada GMS, ini adalah peluang kepada syarikat untuk menumpukan perhatian terhadap HMS.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend