Huawei Themes Dan Kolej Universiti KDU Menganjurkan Pertandingan Tema Telefon Pintar Berinspirasikan Malaysia Comments Off on Huawei Themes Dan Kolej Universiti KDU Menganjurkan Pertandingan Tema Telefon Pintar Berinspirasikan Malaysia

Dalam usaha untuk menghasilkan imej wallpaper unik khusus untuk rakyat Malaysia, Huawei Themes baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan Kolej Universiti KDU untuk menganjurkan bengkel yang juga pertandingan ‘Love Our Malaysia Themes Design’.

Melalui program ini pelajar jurusan Sarjana Muda Perkembangan Permainan di Kolej Universiti KDU telah diberikan peluang untuk menghasilkan tema telefon pintar dengan berinspirasikan Malaysia. Bengkel dan juga pertandingan yang seumpamanya diadakan ini telah memperlihatkan hasil yang sangat menarik dalam mengetengahkan kepelbagaian budaya di negara ini.

Dua tema ini telah terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan ‘Love Our Malaysia Themes Design’.

Diadili oleh artis digital terkenal iaitu Chong Fei Giap, pertandingan ‘Love Our Malaysia Themes Design’ ini telah dimenangi oleh Tee Kim Thiam dan Yiing Yng. Rekaan tema yang telah diilhamkan ini menggambarkan adat dan juga memori nostalgia kebanyakan daripada penduduk di negara ini ketika kecil.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend