HUAWEI Tersenarai 10 Jenama Paling Bernilai 2020 Buat Pertama Kalinya Comments Off on HUAWEI Tersenarai 10 Jenama Paling Bernilai 2020 Buat Pertama Kalinya

Baru-baru ini Brand Finance telah mengeluarkan laporan Global 500, laporan yang menyenaraikan 500 buah syarikat dari seluruh dunia mengikut nilai jenama masing-masing.

Senarai 10 teratas merupakan syarikat yang berjaya memperolehi kekayaan pada tahun lalu dan hasilnya telah dilihat pada tahun ini.

Menurut senarai, HUAWEI berjaya menduduki tangga yang ke-10 menggantikan tempat China Construction Bank pada tahun lalu dengan nilai jenama USD62.2 bilion, meningkat sebanyak 4.5%.

Sementara tempat pertama yang dipegang Apple kini dirampas oleh Amazon dengan nilai jenama USD220.7 bilion, pada masa sama menolak pengeluar iPhone tersebut ke tempat yang ke-3.

Mesin layan diri HUAWEI di China

Google pula melonjak satu anak tangga ke tempat ke-2 dengan nilai sebanyak USD159.7 bilion.

HUAWEI bukanlah satu-satunya syarikat yang berada di kelompok 10 terbaik kerana syarikat insurans dari negaranya juga iaitu Ping An kini menduduki tangga yang ke-9 dari 14 pada tahun lalu.

Selain HUAWEI dan Ping An, Wallmart juga antara syarikat yang baru muncul di dalam senarai 10 terbaik Global 500 menyingkirkan pembekal telekomunikasi Amerika Syarikat, AT&T.

Selebihnya klik di sini

Berikut merupakan senarai 10 syarikat paling bernilai di dunia:

  1. Amazon – $220.7 bilion
  2. Google – $159.7 bilion
  3. Apple – $153.6 bilion
  4. Microsoft – $117.0 bilion
  5. Samsung – $94.4 bilion
  6. ICBC – $80.7 bilion
  7. Facebook – $79.8 bilion
  8. Walmart – $77.5 bilion
  9. Ping An – $69.0 bilion
  10. HUAWEI – $62.2 bilion

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend