Huawei Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia Comments Off on Huawei Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia 908

Laporan terbaru yang dipetik dari laman lowyat.net hari ini menunjukkan Huawei telah mula mendaftar tanda dagang nama “HongMeng” di Malaysia. Data ini telah diambil dari semakan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang telah didaftarkan pada 24 Mei 2019 oleh pihak Huawei Malaysia.

Menurut sumber Reuters, Huawei juga telah mendaftar tanda dagang ini di beberapa buah negara di Eropah dan sekurang-kurang sembilan negara lain antaranya di Kemboja, Kanada, Korea Selatan, New Zealand, serta yang terbaru di Peru.

Terdahulu, Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei memaklumkan sistem operasi HongMeng OS akan diguna pakai pada peranti keluaran Huawei menjelang suku ke-4 tahun ini bermula di China dan akan menyusul ke peringkat global pada tahun hadapan.

Dengan berita ini, adakah nama Ark OS, Oak OS, atau sebagainya akan diguna pakai di negara ini? Maklumlah nama HongMeng ini tidak international gitew..

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend