Huawei Telah Kehilangan Akses Kepada Android Dan Google Comments Off on Huawei Telah Kehilangan Akses Kepada Android Dan Google

Beberapa hari lalu, kerajaan Amerika Syarikat telah memutuskan untuk menyenarai hitamkan syarikat gergasi, Huawei daripada mendapatkan bekalan teknologi daripada syarikat-syarikat di A.S, ekoran kerajaan Presiden Donald Trump mendakwa Huawei cuba mengintip negara berkenaan.

Hari ini, Google pula mengambil keputusan untuk menggantung serta merta kerjasama dengan Huawei. Ini sekaligus menjadikan telefon pintar keluaran Huawei tidak lagi akan menerima lesen daripada Google pada masa sama tiada lagi sokongan kemas kini telefon pintar Huawei oleh Google termasuk Play Store dan Gmail. Huawei kini hanya boleh menggunakan kaedah Android Open Source Project (AOSP) sahaja seperti pengeluar telefon pintar kecil di China atau kaedah lain dengan memuat turun fail APK atau menggunakan Huawei App Gallery.

Awal tahun ini Huawei telah dilaporkan sedang menguji platfom OS mereka sendiri pada cip pemproses Kirin akan datang. Melihat kepada ini, Huawei nampaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi dibuat oleh kedua-dua pihak. Seperkara lagi, dengan tindakan Google terhadap Huawei hari ini, adakah pelancaran Honor 20 esok akan berjalan seperti biasa?

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend