Huawei Tawar Penukaran Bateri Peranti Lama Pada Harga RM99 0 439

Berita baik kepada para pengguna peranti model lama Huawei, tawaran penukaran bateri pada harga promosi akan diadakan pada 14 Jan hingga 20 Feb depan.

Dalam pengumuman yang dibuat Huawei Malaysia siang tadi, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan penukaran bateri pada harga RM99 sahaja. Antara peranti yang terpilih adalah daripada siri Mate, P, Nova, dan Y.

Jika anda bercadang untuk lakukan penukaran ini, anda boleh kunjungi mana-mana pusat servis bertauliah di seluruh negara.

Pada kami, tawaran ini sangat berbaloi memandangkan kos untuk menukar bateri termasuk cas upah pasang mencecah ratusan ringgit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend