Huawei Tawar Pakej Mate 20, Watch GT, Aplikasi Kesihatan Pada Harga RM3588 0 450

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan peranti Huawei Mate 20 dengan pakej jam pintar Watch GT pada harga terbaik, ini mungkin berita baik buat anda.

Bermula 15 Januari hingga 25 Januari 2019, Huawei menawarkan ‘Healty Pouch Set’ iaitu set pembelian peranti Huawei Mate 20, jam pintar Huawei Watch GT, dan aplikasi Huawei Health pada harga RM3588 sahaja. Ini merupakan diskaun dengan potongan harga sebanyak RM210 yang mampu menjimatkan poket anda.

Lebih menarik lagi, Huawei turut memberikan hadiah sampingan berupa Huawei Body Fat Scale (penimbang berat badan) bernilai RM196 selagi stok masih ada. Promosi ini hanya ditawarkan di kedai dalam talian Huawei Online Store Malaysia.

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Dalam Warna Black

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend