Huawei Tawar Ganjaran Sehingga RM10,000 Kepada Pembeli Siri Mate 20 0 215

Tidak cukup dengan hadiah-hadiah yang ditawarkan semasa anda membeli peranti siri Mate 20, Huawei juga turut menyertakan ganjaran sehingga RM10,000 kepada setiap seorang pengguna peranti tersebut. Ganjaran ini akan diberikan jika anda mendaftar sebagai ahli Mate20 VIP hari ini.

Jika ada diantara anda yang sudah menjadi ahli VIP, sudah tentu ganjaran yang diterima antaranya adalah diskaun 20% untuk makan bufet, menu ala carte, dan harga bilik di hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Selain itu, ahli juga akan diberikan diskaun sebanyak RM7,000 untuk pembelian kereta di Auto Bavaria (BMW dan Mini), tiga hari akses percuma dengan jurulatih peribadi ke pusat gimnasium Fitness First, serta akses eksklusif ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang KLIA dan KLIA2.

Bagi mereka yang masih belum mendaftar sebagai ahli, anda boleh memuat turun aplikasi Huawei VIP dengan mengimbas kod QR di kedai-kedai Huawei atau di terus ke pelayar Google Play Store. Anda juga boleh menikmati ganjaran lain seperti mendapatkan diskaun 10% di Malaysia Airlines, CARS International, Aerocentric, Los Flowerpeckers, Atlas Gourmet, Watches of Switerland, Club 21, Gintel, Palm Garden Golf Club, dan Maxis.

Dapatkan peranti siri Mate 20 hari ini untuk menikmati ganjaran lumayan daripada Huawei.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend