Huawei Tawar Ganjaran Eksklusif VIP Serta Program Tukar Beli Untuk Siri P30 Comments Off on Huawei Tawar Ganjaran Eksklusif VIP Serta Program Tukar Beli Untuk Siri P30

Huawei bukan sahaja menawarkan hadiah percuma kepada para pemilik siri Huawei P30, bahkan turut memberikan ganjaran eksklusif yang dinamakan VIP Rewards Deals menggunakan aplikasi khas, Huawei VIP.

Melalui ganjaran ini, pemilik peranti boleh menikmati ganjaran serba mewah antaranya seperti:

  • Plaza Premium Lounge – akses percuma sehingga 5x setahun.
  • Palm Garden Golf Club – yuran pada harga istimewa.
  • Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur – tawaran makan malam bufet untuk ‘beli 2 percuma 1’.
  • Samsonite – potongan diskaun 30% untuk beg galas.
  • Aerocentric – diskaun eksklusif 70% untuk Aerotours.

Selain daripada yang tersenarai di atas, pemilik Huawei P30 juga boleh mendapatkan tawaran menarik daripada rakan niaga seperti Aerotel, Black Market, Boozeat, BSG Property, Cars International, Focus Point, Gintell, Ibrow House, Puma, Poseidon’s Reserve, Samsonite, Tealogy, dan Yamaguchi.

Selain daripada tawaran ganjaran VIP, Huawei turut mengadakan program tukar beli peranti untuk siri P30. Bagi yang berminat untuk memiliki peranti mercu terbaharu ini, mereka boleh tukar peranti lama untuk mendapatkan rebat sehingga RM2,200. Huawei juga menyenaraikan peranti-peranti yang boleh ditukar antaranya adalah:

  • Huawei Mate 9 – RM500
  • Huawei Mate 9 Pro – RM650
  • Huawei Mate 10 – RM900
  • Huawei Mate 10 Pro – RM1,100
  • Huawei Mate 20 – RM1,500
  • Huawei Mate 20 Pro – RM2,200
  • Huawei P9 64GB – RM500
  • Huawei P9 Plus 64GB – RM550
  • Huawei P10 – RM600
  • Huawei P10 Plus – RM650
  • Huawei P20 – RM1,050
  • Huawei P20 Pro – RM1,250
  • Huawei Nova 2 Plus – RM300
  • Huawei Nova 2i – RM200
  • Huawei Nova 3 – RM650
  • Huawei Nova 3i – RM400

Baca juga:

Huawei P30 Pro Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM3,799 – Diikuti P30 Berharga RM2,699

Pra-Tempah Huawei P30 dan P30 Pro Untuk Menikmati Jaminan Waranti Sehingga 18 Bulan

Huawei MateBook 13 Dengan Paparan 2K FullView Akan Dijual Pada 6 April – Harga Bermula RM3,999

Huawei Watch GT 42mm Dan 46mm Akan Dijual Pada Harga RM799 Dan RM899

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend