Huawei Talk Band B5 Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Selepas China Comments Off on Huawei Talk Band B5 Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Selepas China

Huawei Talk Band B5 telah diumumkan pada Julai yang lalu bersama-sama Huawei Nova 3. Jam pintar ini menawarkan fungsi hibirid yang membolehkan pengguna memakainya di pergelangan tangan atau disumbatkan ke telinga seperti kebanyakan fon telinga bluetooth lain.

Talk Band B5 ialah jam pintar kelas sederhana, jadi spesifikasinya tidaklah sehebat Huawei Watch GT. Walaupun begitu, keseluruhan binaan pada jam ini boleh dikatakan agak premium melalui tali jam diperbuat daripada kulit dan kerangka badan aluminium berwarna tembaga. Selain varian Classic, varian Sport pula tiba dengan tali jam getah silikon disamping kerangka badan dicat hitam.

Menerusi paparan berteknologi OLED, Talk Band B5 menawarkan saiz skrin sebesar 1.13-inci melengkung 2.5D. Sensor kadar degupan jantung yang dimuatkan pula membolehkan pengguna memantau tahap kecergasan seharian melalui tiga ciri utama antaranya TruSeen untuk bacaan nadi seharian, TruSleep untuk memantau corak tidur, dan Multi-activity untuk kesemua aktiviti seharian pengguna.

Kebolehan lain ialah ciri arahan suara. Pengguna boleh meminta jam untuk membuat panggilan, meminta bantuan suara, membaca mesej atau menaip mesej, dan memaparkan peringatan dengan mudah. Jam pintar ini boleh disambungkan kepada peranti Android dan iOS tanpa sebarang masalah. Apa yang menariknya, jika telefon pintar yang dihubungkan tersalah letak, jam pintar ini akan membuatkan telefon pintar tersebut berbunyi sekaligus memudahkan pengguna mencarinya.

Bagi melengkapkan fungsi jam pintar ini, Huawei Talk Band B5 telah disertakan sokongan kalis air dan debu IP67. Jam pintar ini akan dilancarkan secara rasmi di acara Huawei di London 16 Oktober ini bersama-sama siri Huawei Mate 20.

Beli: Huawei A2 Band pada harga RM169

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend