Huawei SuperCharge 20W Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Pertengahan Comments Off on Huawei SuperCharge 20W Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Pertengahan

Teknologi pengecasan pantas SuperCharge 2.0 telah diperkenalkan pada peranti Huawei Mate 20 Pro. Kelajuan mengecas yang sangat pantas ini membolehkan pengguna mengisi bateri 4,200mAh daripada 0% hingga 70% dalam tempoh 30 minit.

Terbaru, Huawei dilaporkan sedang membangunkan teknologi pengecasan pantas SuperCharge – kali ini berkuasa 20W khusus untuk peranti kelas pertengahan. Dokumen yang tertiris memperlihatkan Huawei tidak lama lagi akan memperkenalkan SCP versi terbaharu dengan kuasa output 10V/2A berbanding 10V/4A.

Teknologi ini mungkin diperkenalkan pada tahun hadapan dan mengikut khabar angin ia akan dimuatkan pada Huawei P30, sementara P30 Pro pula kekal dengan protokol 40W.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend