‘HUAWEI Steps Challenge’ Tawar Peluang Untuk Memenangi P30 Pro Dan Baucar Bernilai RM550 Comments Off on ‘HUAWEI Steps Challenge’ Tawar Peluang Untuk Memenangi P30 Pro Dan Baucar Bernilai RM550 355

Sepanjang bulan Ogos 2019 ini, HUAWEI Malaysia telah mengumumkan peraduan ‘HUAWEI Steps Challenge August 2019’ yang dianjurkan bagi menggalakkan pengguna HUAWEI di Malaysia untuk menyertai gaya hidup yang lebih sihat. Menariknya setiap penyertaan akan turut berpeluang memenangi HUAWEI P30 Pro dan juga baucar atas talian bernilai sehingga RM550.

Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu mengaktifkan aplikasi HUAWEI Health pada peranti HUAWEI, dan merekod kiraan langkah harian mereka. Keputusan kiraan langkah bulanan yang diperolehi itu perlu dikongsikan ke laman Facebook rasmi HUAWEI Mobile Service.

Bagi mendapatkan peluang yang lebih baik untuk memenangi HUAWEI P30 Pro, HUAWEI Watch GT, HUAWEI Band 3 dan juga HUAWEI Body Fat Scales melalui aktiviti¬†‘Comment Post Challenge’, peserta perlu kongsikan kiraan langkah mereka dan juga pengalaman menggunakan aplikasi HUAWEI Heatlh seberapa banyak yang boleh.

Untuk menyertai peraduan, daftar masuk ke akaun Facebook dan layari Facebook rasmi HUAWEI.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend