HUAWEI Smart Vision Dengan Sokongan HarmonyOS Kini Tampil Dalam Warna ‘Mocha Gold’ Comments Off on HUAWEI Smart Vision Dengan Sokongan HarmonyOS Kini Tampil Dalam Warna ‘Mocha Gold’ 145

HUAWEI sebelum ini telahpun melancarkan model TV pintar pertamanya iaitu HUAWEI Smart Vision pada penghujung bulan September 2019 yang lepas. Walau bagaimanapun di awal kemunculannya, ia hanya ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Interstellar Black.

Melalui pendedahan yang dikongsikan baru-baru ini, HUAWEI dilaporkan telah memperkenalkan satu lagi warna baharu iaitu ‘Mocha Gold’ yang berjaya memberikan sentuhan yang lebih mewah pada TV pintar generasi pertamanya itu. Warna baharu ini akan ditawarkan dalam masa terdekat ini untuk pasaran di China.

Sama seperti warna hitam sebelum ini, HUAWEI Smart Vision akan dijual pada harga CNY6,999 (~RM4,147) dan ia dioperasikan oleh sistem operasi HarmonyOS 1.0. Selain itu ia juga dikuasakan dengan CPU empat teras (2x Cortex A73 + 2x Cortex A53), GPU Mali-G51, memori 4GB + 64GB, dan juga sokongan kamera terangkat.

Pengalaman tontonan diperhebatkan dengan paparan skrin Quantum dot LED berukuran 65 inci, resolusi skrin Ultra HD 4K (3840 x 2160 piksel), kadar segar semula 60Hz, dan juga kombinasi 6 speaker utama + 2 tweeter + 1 woofer yang mampu menghasilkan speaker berkuasa 65W.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Vision Adalah TV Pintar Dengan Skrin 4K Bersama Sokongan AI Dan Kamera

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend