HUAWEI Smart Screen TV Dengan Sokongan Tiga Cipset Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada September 2019 Comments Off on HUAWEI Smart Screen TV Dengan Sokongan Tiga Cipset Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada September 2019 156

Serentak dengan pelancaran HUAWEI Mate 20 X 5G pada 26 Julai yang lalu, HUAWEI turut mengumumkan kemunculan TV pintar keluarannya yang pertama yang akan diperkenalkan pada tahun ini.

Di dalam acara pelancaran tersebut, Richard Yu selaku CEO Perniagaan Pengguna HUAWEI secara rasminya telah mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan TV pintar pertamanya yang dikenali sebagai HUAWEI Smart Screen menjelang bulan September 2019 nanti. Menurutnya lagi, TV pintar ini akan menyokong pelbagai teknologi pintar bagi memudahkan urusan harian pengguna melalui bantuan AI Image Quality Engine, cip pintar yang dibangunkan sendiri, HiAI Engine, HUAWEI Sound dan juga perkhidmatan awan (cloud).

HUAWEI Smart Screen akan turut dikuasakan dengan tiga cipset berbeza iaitu cip AI Kirin, cip Hongjun Smart, dan juga cip Gigahome WiFi. Tidak cukup dengan itu, ia juga akan turut disertakan dengan pelbagai teknologi hebat daripada HUAWEI, termasuklah GPU Turbo, Link Turbo, Ark Compiler, sistem fail EROFS Super dan banyak lagi.

Menariknya ia juga akan turut menyokong kamera terangkat dengan keupayaan teknologi pengecaman wajah, pembantu AI, dan juga boleh digunakan untuk penjejakan pintar pergerakan pengguna. HUAWEI Smart Screen tersedia dengan sokongan decoding 8K 30fps dan juga sambungan rangkaian 5G.

Bagi melihat apakah keistimewaan TV pintar HUAWEI Smart Screen ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya dalam acara HUAWEI Developers Conference yang akan berlangsung September 2019 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend