HUAWEI Siri Mate 10, Siri Mate 9, Y9 2019 Dan Nova 4e Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.1 Comments Off on HUAWEI Siri Mate 10, Siri Mate 9, Y9 2019 Dan Nova 4e Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.1 371

Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh HUAWEI, kini pemilik lapan model telefon pintar terpilih keluarannya iaitu terdiri daripada siri Mate 10, siri Mate 9, Y9 2019 dan juga Nova 4e sudahpun dilaporkan mula menerima kemas kini EMUI 9.1 versi stabil secara rasmi.

Kemas kini EMUI 9.1 yang diterima oleh HUAWEI Mate 10.

Berdasarkan log perubahan yang telah dikongsikan, fail kemas kini yang mencecah lebih 3GB ini akan menampilkan pelbagai penambahbaikan dan juga penyediaan sokongan fungsi serta ciri-ciri baharu. Antaranya termasuklah sistem fail EROFS yang menjanjikan prestasi lebih baik, GPU Turbo 3.0, nada dering videoHUAWEI VlogHUAWEI Share OneHop dan banyak lagi.

Kemas kini EMUI 9.1 yang diterima oleh HUAWEI Mate 10.

Bagi membolehkan kemas kini EMUI 9.1 diterima pada peranti yang dinyatakan, anda perlu mengakses aplikasi HiCare dan klik pada menu Update. Jika kemas kini sudah tersedia, anda boleh terus menjalankan proses kemas kini di menu System → Software update. Sebagai rujukan, penerimaan kemas kini EMUI 9.1 ini diberikan secara berperingkat-peringkat.

Baca juga:

Senarai Penuh 11 Peranti HUAWEI Yang Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Bermula 26 Julai Hingga 1 Ogos

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend