Huawei Singapure Perkenal Huawei P30 Pro Dalam Warna Baharu – ‘Amber Sunrise’ Comments Off on Huawei Singapure Perkenal Huawei P30 Pro Dalam Warna Baharu – ‘Amber Sunrise’ 330

Sewaktu dilancarkan secara rasmi di Paris pada 26 Mac yang lalu, Huawei P30 Pro telah diperkenalkan dalam lima pilihan warna iaitu Breathing Crystal, Aurora, Black, Pearl White dan juga Amber Sunrise. Namun begitu untuk kebanyakan pasaran di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, hanya tiga warna sahaja dibawa masuk iaitu Breathing Crystal, Aurora dan Black.

Melalui perkongsian daripada portal hardwarezone.com.sg, Huawei Singapura dilaporkan akan membawa masuk satu lagi warna baharu untuk Huawei P30 Pro iaitu Amber Sunrise. Menurut sumber, ia akan hanya dijual secara eksklusif melalui kedai rasmi Huawei di Lazada dan juga Huawei Concept Stores di Singapura.

Huawei P30 Pro dalam warna baharu ini hanya ditawarkan dalam varian 8GB + 512GB sahaja, dan akan dijual pada harga SGD1,698 (kira-kira RM5,174) sama seperti warna yang lain bermula 30 Mei 2019 nanti. Sebagai rujukan, varian 8GB + 512GB dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM4,399, tetapi ia telahpun kehabisan stok buat masa ini.

Miliki siri Huawei P30 secara eksklusif di Huawei Online Stores:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend