Huawei Shop Sertai Kempen 11.11 – Tawar Baucar RM250 Pada Harga RM50 0 259

Tinggal 10 hari sahaja lagi fenomena global akan berlaku. Kempen promosi besar-besaran “11.11” akan diadakan di semua platfom e-dagang popular seperti Lazada, 11street, Shopee, dan Huawei Shop.

Selaku peneraju telefon pintar terbesar di Malaysia, Huawei turut mengumumkan pada tarikh keramat itu mereka sedia menawarkan diskaun untuk hampir semua produk merangkumi telefon pintar, komputer riba, tablet, jam pintar, dan aksesori. Setiap kategori yang disebutkan akan mengalami potongan harga sehingga 90 peratus disamping baucar dan ganjaran.

Hari ini sahaja, Huawei telah mengemas kini harga terbaru siri Huawei Nova 3 pada harga bermula RM1,099. Lanjutan daripada itu, pelanggan juga boleh melayari kedai dalam talian Huawei Shop untuk mendaftar sebagai sebahagian daripada ahli. Setelah mendaftar pelanggan juga perlu melanggan e-mel surat-berita daripada Huawei untuk berpeluang menjadi 11 pemenang bertuah yang akan membawa pulang Wooden Bluetooth Speaker bernilai RM120.

Lebih menarik lagi, pelanggan juga boleh mendapatkan baucar bernilai RM250 (dijual RM50), RM160 (dijual RM40), dan RM90 (dijual RM30) untuk digunakan pada hari “11.11” nanti. Syaratnya anda perlu membeli baucar ini pada 5 November hingga 10 November 2018 dan sekurang-kurangnya menjadi lima pelanggan terawal.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari kedai dalam talian Huawei di https://shop.huawei.com/my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend