‘Huawei Service Day’ Menawarkan Servis Upah Pasang Percuma Untuk Peranti Tanpa Waranti Comments Off on ‘Huawei Service Day’ Menawarkan Servis Upah Pasang Percuma Untuk Peranti Tanpa Waranti

Bermula awal April yang lalu, Huawei Malaysia telah mengumumkan satu lagi perkhidmatan tambah nilai sempena program ‘Huawei Service Day’. Melalui program ini, pemilik peranti Huawei yang telah kehabisan jaminan waranti yang ingin membuat penukaran alat ganti tidak lagi perlu dikenakan kos upah pasang dan hanya perlu membayar harga alat ganti sahaja.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan terbaharu yang ditawarkan oleh Huawei Malaysia ini hanya boleh dinikmati pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pertama pada setiap bulan. Peranti yang dihantar untuk dibaiki pada hari tersebut juga akan turut menikmati servis pembasmian kuman secara percuma.

Peranti yang telah diservis juga boleh dipasang dengan pelindung skrin secara percuma, dan pelanggan hanya perlu ‘Like’ atau komen dalam status perkongsian di Facebook rasmi Huawei Malaysia. Sungguhpun begitu, hanya model telefon pintar Huawei terpilih sahaja layak untuk menikmati pemasangan pelindung skrin percuma ini seperti berikut:

  • Huawei P10, P10 Plus, P10 Lite, P20 dan P20 Pro
  • Huawei Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X
  • Huawei Nova Lite, Nova 2 Lite, Nova 2i, Nova 3 dan Nova 3i
  • Huawei Y9 dan Y Max

Senarai pusat servis Huawei yang mengambil bahagian:

Bagi mendapatkan maklumat lanjuta berhubung program ‘Huawei Service Day’, layari laman sesawang rasmi Huawei Malaysia di
https://consumer.huawei.com/my/support/service-day/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend