Huawei Sekat Aplikasi Pelancar Pihak Ketiga Pada Peranti EMUI 9 Comments Off on Huawei Sekat Aplikasi Pelancar Pihak Ketiga Pada Peranti EMUI 9

Kelebihan yang ada pada peranti Android ialah kebebasan pengguna mengkostumasi peranti terutamanya apabila bosan, termasuklah memuat turun aplikasi pelancar pihak ketiga.

Bagaimanapun untuk peranti EMUI 9 versi China, pengguna kini tidak dapat menggunakan aplikasi pelancar pihak ketiga. Ini bermakna peranti Huawei mahupun Honor di China tidak dapat melancarkan aplikasi Nova Launcher, Rootless Pixel Launcher atau lain-lain.

Buat masa ini, peranti yang terlibat adalah siri Huawei Mate 20, Honor Magic 2, dan peranti yang berada di bawah program EMUI 9 Beta. Menurut sumber, tujuan sekatan ini dibuat berikutan isu pemasangan pelancar EMUI tiruan yang mengandungi iklan dan malware pada peranti.

Oleh itu, rata-rata pengguna EMUI di China menyatakan rasa tidak puas hati. Huawei telah memberi respon dimana pihaknya akan mengeluarkan kemas kini terbaru yang membolehkan pengguna memilih pelancar yang diinginkan. Bagaimanapun sehingga kini masih tiada tindakan dibuat. Kami juga tidak pasti adakah sekatan aplikasi pelancar pihak ketiga akan diperluaskan ke peranti versi Global ROM, kita lihat sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend