Huawei Sedang Membangunkan Powerbank SuperCharge 40W Comments Off on Huawei Sedang Membangunkan Powerbank SuperCharge 40W

Teknologi SuperCharge 40W yang hadir pada Huawei Mate 20 Pro dan Honor Magic 2 sangat dikagumi kerana ia mampu mengecas bateri sehingga penuh dalam masa lebih kurang satu jam. Terbaru, Huawei dilaporkan sedang membangunkan powerbank menggunakan teknologi yang sama.

Menurut ChargeLab, Huawei bakal mengeluarkan powerbank berkapasiti 10000mAh SuperCharge 40W khusus kepada pengguna Mate 20 Pro dan Honor Magic 2. Tambahan, ia juga berupaya menyokong protokol SuperCharge 22.5W untuk mengecas peranti Huawei yang lain seperti P20 Pro, Mate 10, Mate 20, dan Mate 20 X.

Setakat ini, tiada tarikh bilakah ia akan dilancarkan termasuk daripada segi harga. Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Huawei.

Huawei SuperCharge 20W Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Pertengahan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend