Huawei Sedang Membangunkan Pembantu Digital Untuk Bersaing Dengan Google Dan Amazon Comments Off on Huawei Sedang Membangunkan Pembantu Digital Untuk Bersaing Dengan Google Dan Amazon 679

Bagi pasaran di China, Huawei telahpun memiliki pembantu digital yang dibangunkannya sendiri yang dikenali sebagai ‘Xiaoyi’, dan ia telah digunakan pada speaker pintar keluarannya iaitu AI Cube.

Melalui pendedahan terbaharu yang telah dikongsikan oleh CNBC, Huawei kini telah dilaporkan sedang membangunkan pembantu digital miliknya sendiri untuk pasaran global pada masa akan datang. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh CEO Huawei iaitu Richard Yu dalam sesi temu ramah eksklusif dengan CNBC.

Huawei AI Cube sebelum ini diperkenalkan dengan sokongan pembantu digital daripada Amazon Alexa untuk pasaran global.

Menurut Richard Yu, Huawei telah meneruskan kerjasamanya dengan Google dan Amazon di China, tetapi untuk pasaran global kedua-dua jenama gergasi itu dianggap sebagai pesaing. Ini berikutan Google dan Amazon masing-masing memiliki pembantu digital yang sememangnya popular iaitu Google Assistant dan juga Amazon Alexa.

Buat masa ini pihak Huawei masih lagi belum mendedahkan sokongan bahasa ataupun tarikh ketersediaan pembantu digital yang sedang dibangunkannya itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend