HUAWEI Satu-Satunya Jenama Telefon Pintar Yang Mencatatkan Pertumbuhan Positif Di China Comments Off on HUAWEI Satu-Satunya Jenama Telefon Pintar Yang Mencatatkan Pertumbuhan Positif Di China 142

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sasaran HUAWEI untuk menjadi merampas kedudukan di tempat pertama sebagai pengeluar telefon pintar terbesar global daripada Samsung mungkin sukar dicapai. Bahkan HUAWEI juga dilihat terpaksa menurunkan sasaran pengedaran telefon pintarnya untuk tahun ini kepada hanya 270 juta unit berbanding 300 juta unit sebelum ini.

Walaupun mengalami kesukaran di pasaran global, penerimaan jenama HUAWEI di China sebaliknya telah menyaksikan penerimaan yang sangat positif. Menurut laporan Canalys, HUAWEI dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya di negara itu dengan mencatatkan perkongsian pasaran mencecah sehingga 42%.

Setakat suku ketiga tahun 2019, HUAWEI berjaya menerajui pasaran telefon pintar di China dengan pengedaran sebanyak 41.5 juta unit telefon pintar. Lebih mengejutkan ia merupakan satu-satunya jenama telefon pintar yang mencatatkan peningkatan pasaran telefon pintar iaitu mencecah 66%, manakala jenama lain seperti Vivo, OPPO, Xiaomi dan Apple pula menyaksikan penurunan antara -20% hingga -33%.

Berdasarkan laporan itu juga, Vivo juga dilihat telah berjaya merampas kedudukan di tempat kedua daripada OPPO, manakala Xiaomi dan Apple pula masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima sebagai jenama pengeluar telefon pintar terbesar di China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend