Huawei Sasar Tahun 2020 Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia Comments Off on Huawei Sasar Tahun 2020 Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia

Untuk pengetahuan anda, Huawei baru sahaja melancarkan Huawei P30 dan juga P30 Pro untuk pasaran di China pada 11 April 2019. Di dalam majlis pelancaran tersebut, Richard Yu selaku CEO Huawei telah berkongsi dengan media tempatan di China bahawa mereka yakin mampu mengatasi Samsung sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu dunia.

Apa yang lebih menariknya, beliau juga menyatakan bahawa sekiranya jualan peranti Huawei dan Honor digabungkan sekali, sasaran itu mampu dicapai lebih awal iaitu pada penghujung tahun 2019. Angka itu sudah tentunya merupakan pencapaian yang baik memandangkan ia mampu dicapai tanpa melibatkan pasaran besar yang lain termasuklah di Korea Selatan, Brazil dan juga Amerika Syarikat.

Keyakinan ini didorong lagi dengan perkembangan semasa yang dilakukan oleh Huawei dalam inovasi teknologi baharu. Bahkan Huawei juga akan membelanjakan sehingga USD6 bilion (kira-kira RM24.76 bilion) untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan). Ternyata perbelanjaan R&D pada tahun sebelum ini dirasakan berbaloi kerana ia memberikan hasil yang lebih baik.

Ini jelas dapat dilihat melalui kemunculan Huawei P30 Pro yang dilihat tampil dengan inovasi kamera baharu dengan sokongan sensor RYYB, dan juga keupayaan zum yang sememangnya sukar ditandingi buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend