HUAWEI Salur Empat Jenis Bantuan Kepada KKM Bagi Memerangi COVID-19 Comments Off on HUAWEI Salur Empat Jenis Bantuan Kepada KKM Bagi Memerangi COVID-19

HUAWEI Malaysia hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyalurkan bantuan berbentuk teknologi untuk memerangi penularan COVID-19 di negara ini.

Melaluinya, KKM telah menerima empat jenis bekalan bantuan yang mungkin dapat mengurangkan kesukaran barisan hadapan iaitu kakitangan hospital untuk berhubung dengan pengurusan pusat yakni KKM dan juga kerajaan.

1. HUAWEI Telemedicine Video Conference

HUAWEI Telemedicine Video Conference merupakan penyelesaian yang berasaskan teknologi terbaru H.265, menawarkan pengalaman panggilan video HD penuh yang mampu beroperasi dalam rangkaian jalur lebar terhad. Selain itu, ia turut menyediakan panggilan yang selamat, profesional, dan boleh dipercayai untuk semua hospital mengadakan persidangan video dengan Kementerian Kesihatan.

2. Penyelesaian Komunikasi Rangkaian Tanpa Wayar Hospital

Penyelesaian kedua ini menyediakan rangkaian tanpa wayar di hospital, wad, dan khemah perubatan kecemasan. Dengan adanya antena dan algoritma teknologi yang dikuasakan HUAWEI 5G, rangkaian tanpa wayar HUAWEI mampu menyediakan perkhidmatan komunikasi yang lebih pantas tanpa isu lengah masa. Kelebihan ini juga dapat memanfaatkan para doktor di bilik diagnostik, jururawat di wad, dan pasukan perubatan kecemasan di pintu depan.

3. Penyelesaian Pengesanan Auto AI Cloud

Melalui teknologi ini, kakitangan hospital dapat mengenal pasti pesakit yang dijangkiti untuk menerima rawatan awal serta dikuarintin dengan segera. Kesemuanya dimudahkan oleh bantuan kecerdasan buatan (AI) yang berasaskan rangkaian awan pintar.

4. 200 Unit HUAWEI nova 7i

Bantuan terakhir adalah 200 unit telefon pintar terbaru HUAWEI nova 7i untuk kakitangan perubatan di hospital untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan menghantar maklumat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend