HUAWEI Sahkan Tarikh Pelancaran Global Siri Mate 30 Yang Akan Diadakan Pada 19 September Ini Comments Off on HUAWEI Sahkan Tarikh Pelancaran Global Siri Mate 30 Yang Akan Diadakan Pada 19 September Ini

Akhirnya penantian untuk mengetahui tarikh pelancaran siri HUAWEI Mate 30 telahpun diumumkan secara rasmi, yang mana ia telah disahkan akan didedahkan kepada umum buat pertama kalinya pada 19 September 2019 depan.

Pengumuman yang dibuat melalui Twitter, ia telah menampilkan video acah berdurasi 8 saat yang menyaksikan simbolik bulatan yang mungkin merujuk kepada rekaan yang akan digunakan pada kamera utama siri tersebut. Seperti yang kita ketahui setakat ini, siri HUAWEI Mate 30 akan hadir dengan empat kamera dengan sokongan dwi kamera beresolusi 40MP.

Bahkan berdasarkan ketirisan imej pengolokan siri tersebut di Internet, rekaan kamera belakang yang bulat ini turut dilaporkan akan menyokong sarung pelindung dengan pelbagai fungsi.

Melalui pendedahan portal Android Authority, HUAWEI dan HONOR sebelum ini dikatakan telah menghasilkan sarung pelindung pintar dengan sokongan pelbagai fungsi berbeza termasuklah untuk tujuan permainan mudah alih, snorkeling, kesihatan dan banyak lagi.

Baca juga:

Imej Poster Siri HUAWEI Mate 30 Tertiris, Dedah Sokongan Kirin 990 Dan Empat Kamera ‘Super Sensing’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend