HUAWEI Sah Akan Menganjurkan Majlis Pelancaran Maya Pada 24 Februari Ini Comments Off on HUAWEI Sah Akan Menganjurkan Majlis Pelancaran Maya Pada 24 Februari Ini

Disebabkan oleh isu penularan wabak COVID-19, kebanyakan pengeluar telefon pintar dilihat telah mula mengambil pendekatan untuk melancarkan telefon pintar mereka melalui penstriman langsung.

Ternyata HUAWEI juga telah mengesahkan akan turut menganjurkan majlis pelancaran ‘HUAWEI’s Consumer Business Product and Strategy’ secara maya, melalui laman Facebook dan juga YouTube rasmi HUAWEI.

Melalui perkongsian di Twitter, HUAWEI telah berkongsi beberapa imej acah yang dipercayai memberi klu awal terhadap model yang akan dilancarkan pada 24 Februari 2020 (Isnin), jam 9 malam.

Ikuti acara pelancaran maya HUAWEI melalui saluran rasmi berikut:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend