HUAWEI Rancang Untuk Mengurangkan Pekerjanya Di Futurewei Technologies Yang Berpangkalan Di AS Comments Off on HUAWEI Rancang Untuk Mengurangkan Pekerjanya Di Futurewei Technologies Yang Berpangkalan Di AS

Berikutan daripada jenama HUAWEI yang masih lagi berada dalam senarai entiti kerajaan Amerika Syarikat (AS), Wall Street Journal telah melaporkan bahawa HUAWEI telah merancang untuk mengurangkan bilangan pekerjanya di negara itu.

Walaupun bilangan pekerja yang akan diberhentikan tidak didedahkan, ia dijangka akan memberi kesan kepada ratusan pekerja yang bekerja di Futurewei Technologies, iaitu anak syarikat HUAWEI yang memfokuskan kepada sektor penyelidikan dan pembangunan. Berdasarkan laporan yang didedahkan, syarikat itu memiliki seramai 850 pekerja yang beroperasi di makmal penyelidikan di seluruh AS.

Malahan menurut sumber dalaman, pekerja HUAWEI yang berasal dari China akan turut diberi pilihan untuk kembali semula ke negara asal dan terus kekal bekerja dengan HUAWEI. Segelintir daripada pekerja sudahpun mula menerima notis berhubung perkara tersebut, dan proses pengurangan pekerja secara besar-besaran akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Mempunyai Dua Pembekal Untuk Setiap Komponen – Presiden Victor Zhang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend