Huawei Rancang Untuk Melabur USD2 Bilion Untuk Tempoh Lima Tahun Dalam Aspek Keselamatan Siber Comments Off on Huawei Rancang Untuk Melabur USD2 Bilion Untuk Tempoh Lima Tahun Dalam Aspek Keselamatan Siber

Selepas dilanda pelbagai kontroversi berhubung isu keselamatan data daripada pengeluar telefon pintar dari China, Huawei turut menerima tempiasnya.

Jadi bagi memastikan keprihatinannya terhadap risiko tersebut, Huawei baru-baru ini telah dilaporkan oleh Reuters untuk membuat pelaburan sebanyak USD2 bilion iaitu kira-kira RM8.37 bilion untuk tempoh lima tahun dalam aspek keselamatan siber. Pelaburan besar ini merupakan langkah pertama untuk menaik taraf fasiliti makmal dan juga menambah lebih banyak individu yang berkelayakan.

Perkara ini dibuat berikutan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap jenama Huawei. Bahkan Australia dan New Zealand juga baru-baru ini telah menghalang Huawei daripada membina rangkaian 5G di negara itu dengan alasan khuatir peralatan yang digunakan memudahkan aktiviti pengintipan walaupun tiada sebarang bukti dikemukakan. Jadi dengan pelaburan ini ia mungkin mampu menangani isu tersebut.

Buat masa ini Huawei dilaporkan telahpun berjaya mendapatkan lebih daripada 25 kontrak komersial untuk pembangunan infrastruktur 5G, iaitu sedikit lebih tinggi berbanding pengumuman yang telah dibuat oleh Huawei pada November yang lepas. Bahkan Huawei juga merupakan pembekal kelengkapan rangkaian telekomunikasi terbesar dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend