Huawei ‘Ramadan Specials’ Tawar Baucar Sehingga RM100 Bermula 10 Hingga 20 Mei 2019 Comments Off on Huawei ‘Ramadan Specials’ Tawar Baucar Sehingga RM100 Bermula 10 Hingga 20 Mei 2019 579

Hari ini Huawei Malaysia sekali lagi telah mengumumkan satu lagi promosi menarik ‘Ramadan Specials’ yang akan berlangsung bermula hari ini (10 Mei 2019) hingga 20 Mei 2019 nanti. Sepanjang tempoh tersebut, anda boleh memenangi baucar bernilai RM10, RM25, RM50 dan RM100 untuk pembelian di kedai fizikal Huawei Experience Store.

Untuk mendapatkan baucar, anda hanya perlu klik pada ketupat yang jatuh pada paparan skrin.

Untuk memenangi baucar tersebut, anda hanya perlu mengakses laman Huawei Online Official Store dan mengutip sebanyak mungkin ketupat yang dipaparkan pada skrin. Setiap pengguna hanya memiliki tiga kali percubaan pada setiap hari, dan satu baucar hanya boleh digunakan dalam satu transaksi pembelian sahaja.

Baucar yang telah dimenangi boleh dituntut bermula 12 hingga 24 Mei 2019, dan ia sah digunakan hingga 24 Mei 2019 untuk pembelian minimum bernilai RM500.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend