Huawei Perkenal Pelekat GIF Baharu Menampilkan Hannah Delisha Comments Off on Huawei Perkenal Pelekat GIF Baharu Menampilkan Hannah Delisha

Penggunaan emoji dan pelekat GIF mampu menceriakan perbualan antara satu sama lain malah pengirim juga boleh menunjukkan emosi mereka kepada penerima tanpa perlu menghantar teks. Pada peranti Huawei, ia tersedia di dalam papan kekunci yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Jadi pada hari ini Huawei telah menambah koleksi pelekat GIF yang menampilkan Hannah Delisha selaku duta siri Huawei Nova 3. Stiker ini boleh dimuat turun pada papan kekunci Swiftkey pada peranti Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i sahaja.

Cara memuat turun pelekat Hannah Delisha

Langkah 1

  • Buka mana-mana aplikasi permesejan dan guna papan kekunci Swiftkey yang tersedia.

Langkah 2

  • Tab pada “Sticker” dan cari “Huawei PHIZ”.

Langkah 3

  • Muat turun koleksi Hannah Delisha dan mula gunakan.

Jika pelekat tidak kelihatan, ikuti langkah di bawah

Langkah 1

  • Pergi ke “Settings” > “App” > “Swiftkey Keyboard”. Pilih “Clear Data”.

Langkah 2

  • Setelah ia dibersihkan, pengguna boleh ke mana-mana kotak perbualan untuk aktifkan papan kekunci Swiftkey.

Langkah 3

  • Di papan kekunci Swiftkey, pengguna akan melihat koleksi pelekat Hannah Delisha di bawah “GIF Section”.

Dapatkan peranti ini di kedai dalam talian rasmi Huawei Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend