Huawei Perkenal Fungsi Pengecaman Wajah Kedua Untuk Huawei Mate 20 Pro Dan Mate 20 RS Comments Off on Huawei Perkenal Fungsi Pengecaman Wajah Kedua Untuk Huawei Mate 20 Pro Dan Mate 20 RS 232

Pemilik peranti mercu yang dioperasikan dengan EMUI iaitu Huawei Mate 20 Pro dan Mate 20 RS telah dilaporkan mula menerima kemas kini baharu yang membolehkan mereka untuk menggunakan fungsi pengecaman wajah kedua pada peranti tersebut. Sokongan fungsi ini membenarkan peranti diakses oleh dua wajah yang telah didaftarkan.

Lebih praktikal, pemilik peranti boleh mengehadkan akses terhadap kandungan sensitif untuk pengguna kedua melalui tetapan yang disediakan. Bahkan fungsi ini turut membenarkan pemilik peranti untuk memberikan kebenaran kepada pengguna kedua untuk membuat pembayaran menggunakan pengecaman wajah pada aplikasi Alipay dan juga WeChat.

Apabila menerima kemas kini EMUI terbaharu ini, fungsi pengecaman wajah kedua boleh diakses melalui menu Settings → Security & privacy → Face recognition → New Spare Face → Start Entry. Namun begitu, buat masa ini hanya pengguna di China sahaja telah menerima kemas kini ini dan ia mungkin akan ditawarkan di negara lain pada masa akan datang.

Setakat ini Huawei tidak pula mendedahkan ketersediaan kemas kini fungsi pengecaman wajah kedua ini untuk peranti lain keluarannya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend