HUAWEI Pasang Alat Pengesan COVID-19 Berkuasa AI Di Hospital Luar China Comments Off on HUAWEI Pasang Alat Pengesan COVID-19 Berkuasa AI Di Hospital Luar China

Syarikat gergasi, HUAWEI Technologies kini merancang untuk memanfaatkan teknologi yang mereka ada untuk membantu melawan pandemik COVID-19. HUAWEI akan menawarkan alat diagnosis virus berkuasa AI kepada hospital-hospital di luar China bagi membantu tenaga perubatan sedia ada.

Senjata utama untuk melawan koronavirus ialah HUAWEI Cloud, sistem awan milik mereka yang juga digunakan pada telefon pintar HUAWEI. Menerusi bantuan kecerdasan buatan ini, HUAWEI bercadang untuk meletakkannya di hospital di negara Ecuador dan Filipina dengan kolaborasi bersama Huiying Medical Technology Co. Ltd.

Pasukan perubatan dari Hospital Besar Baguio menunjukkan tanda bagus selepas melakukan ujian pada mesin CT yang dilengkapi alat diagnosis terbaru daripada HUAWEI

Alat diagnosis berkuasakan AI yang dilengkapi pengesan koronavirus yang efektif itu dikatakan telah ditempatkan di Hospital Besar Baguio, Filipina. Pemasangan alat itu mengambil masa selama 14 jam malah unit seterusnya juga akan diagihkan ke hospital lain tidak lama lagi termasuklah di Ecuador.

Menurut HUAWEI, terdapat sedozen negara telah menghubungi mereka untuk berbincang usaha sama berhubung alat diagnosis virus ini.

Kami tidak pasti sama ada Malaysia tersenarai dalam jumlah yang disebutkan itu. Apa yang penting, wabak penularan ini telah meragut 19,744 nyawa di seluruh dunia.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend