Huawei P9 Dan P9 Plus Akan Menerima Kemas Kini Android Oreo + EMUI 8.0 Comments Off on Huawei P9 Dan P9 Plus Akan Menerima Kemas Kini Android Oreo + EMUI 8.0

Di dalam dunia Android, jarang sekali kita dapat melihat peranti yang sudah berusia dua tahun lebih di pasaran dikemas kini dengan versi perisian Android yang terbaru. Melihhat kepada rekod kemas kini, Huawei boleh dikatakan tidak konsisten, namun mereka sudah pun berjanji untuk melancarkan Android Oreo untuk peranti flagship terdahulu, tetapi seperti yang dijangkakan kemas kini yang dijanjikan memakan masa yang agak lama untuk sampai kepada pengguna.

Perkembangan terbaru membawakan berita positif buat pemilik Huawei P9 dan P9 Plus. Model yang disebutkan adalah telefon pintar flagship pada tahun 2016 yang dilengkapi HiSilicon Kirin 955, 3GB / 4GB RAM dan dipadankan dengan storan dalaman 32GB / 64GB, daya penarik terbesar teletak pada kamera belakang monochrome 12MP + 12MP RGB. P9 juga mempunyai paparan IPS Penuh HD 5.2-inci manakala P9 Plus mempunyai paparan Full HD Super AMOLED 5.5 inci.

Huawei telah pun mengumumkan senarai peranti yang akan dikemas kini kepada EMUI 8.0, dan Huawei P9 dan P9 Plus termasuk di dalams senarai kemas kini tersebut. Pengurus Produk Huawei juga mengesahkan berita kemas kini tersebut di dalam forum rasmi Huawei, ia menyatakan bahawa Android 8.0 Oreo akan dilepaskan kepada P9 dan P9 Plus dan ia mungkin menjadi kemas kini versi Android yang terakhir yang akan diterima model tersebut.

Tidak banyak yang diketahui pada ketika ini mengenai kemas kini tersebut. Pihak Huawei tidak mengumumkan sama ada mereka akan membawakan semua ciri EMUI 8.0 dan Android Oreo pada P9 dan P9 Plus.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend