HUAWEI P40 Pro Rampas Kedudukan Pertama Untuk Prestasi Kamera Utama Dan Swafoto Di DXOMARK Comments Off on HUAWEI P40 Pro Rampas Kedudukan Pertama Untuk Prestasi Kamera Utama Dan Swafoto Di DXOMARK

Seperti yang dinanti-nantikan, hari ini DXOMARK telahpun mengumumkan skor yang berjaya dicatatkan oleh siri telefon pintar yang sememangnya terkenal dengan keupayaan kameranya iaitu HUAWEI P40 Pro.

Berdasarkan skor yang diberikan oleh DXOMARK, HUAWEI P40 Pro berjaya mengungguli tempat pertama dalam senarai telefon pintar berkamera terbaik apabila ia memperolehi skor sebanyak 128 poin.

Dengan skor yang diperolehi untuk kamera utama ini, HUAWEI P40 Pro berjaya mencatatkan perbezaan sebanyak 4 poin berbanding OPPO Find X2 Pro dan juga Xiaomi Mi 10 Pro yang berkongsi skor iaitu sebanyak 124 poin.

Bahkan HUAWEI P40 Pro juga telah berjaya berada di kedudukan pertama untuk keupayaan penggambaran swafoto dengan mencatatkan skor sebanyak 103 poin.

Spesifikasi kamera HUAWEI P40 Pro:

  • 50MP Ultra Vision Camera
    • 1/1.28″ Ultra Vision Sensor
    • RYYB colour filter array
    • Octa PD Autofocus
  • 12MP Telephoto
    • 5x Optical Zoom
    • 10x Hybrid Zoom
    • 50x Max Zoom
  • 40MP Ultra Wide Cine Camera
    • 1/1.54″ sensor
    • Ultra low-light video
    • Ultra slow-motion video
    • Telephoto video
    • 4K Time lapse video
    • Cinematic video camera
  • 3D Depth Sensing Camera
    • Real-time depth detection

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend