HUAWEI P40 Lite Dipercayai Jelmaan Semula Model HUAWEI Nova 6 SE Untuk Pasaran Global Comments Off on HUAWEI P40 Lite Dipercayai Jelmaan Semula Model HUAWEI Nova 6 SE Untuk Pasaran Global

Pada minggu lepas HUAWEI telahpun melancarkan siri Nova 6 untuk pasaran di China dengan penawaran tiga model berbeza iaitu Nova 6, Nova 6 5G dan juga Nova 6 SE. Melalui pendedahan yang dikongsikan oleh peniris popular @RODENT950, HUAWEI Nova 6 SE akan diperkenalkan semula sebagai HUAWEI P40 Lite untuk pasaran global.

Berdasarkan imej pengolokan HUAWEI P40 Lite yang dikongsikan, ia jelas menyaksikan rekaan fizikal yang dikekalkan sama seperti model Nova 6 SE. Namun begitu buat masa ini tidak dapat dipastikan apakah pilihan warna yang akan ditawarkan pada telefon pintar kelas pertengahan terbaharu daripada HUAWEI itu nanti.

Seperti yang diketahui, HUAWEI Nova 6 SE menampilkan paparan skrin IPS LCD sebesar 6.4 inci FHD+, rekaan lubang kamera depan 16MP pada skrin, dan akan menyokong kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth). Selain itu ia turut dikuasakan dengan Kirin 810, memori 8GB + 128GB, dioperasikan oleh EMUI 10, dan juga bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Baca juga:

HUAWEI Nova 6, Nova 6 5G Dan Nova 6 SE Kini Rasmi Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 40W

HUAWEI P40 Pro Mungkin Guna Paparan 120Hz Dan Bateri Graphene 5500mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend