Huawei P30 Sokong Panel OLED Dan P30 Pro Pula Hadir Dengan Fungsi Zum Optikal Periscope Comments Off on Huawei P30 Sokong Panel OLED Dan P30 Pro Pula Hadir Dengan Fungsi Zum Optikal Periscope

Berdasarkan daripada ketirisan imej untuk Huawei P30 dan P30 Pro yang dikongsikan sebelum ini, kedua-dua model ini dikatakan akan menampilkan rekaan skrin yang telah diperbaharui dengan sokongan takuk yang lebih kecil mirip seperti Huawei Mate 20. Bahkan ketiadaan sensor pengimbas cap jari pada kedua-dua model ini pula akan digantikan dengan pengimbas cap jari pada skrin.

Pelindung skrin milik Huawei P30 Pro yang tertiris di Internet jelas memperlihatkan rekaan takuk kecil.

Berbeza dengan siri P20 sebelum ini, Huawei dilaporkan akan turut menawarkan sokongan panel OLED berukuran 6.1 inci untuk model P30 bagi menggantikan panel LCD. Manakala Huawei P30 Pro pula bakal hadir dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu mencecah 6.5 inci.

Menurut maklumat yang dikongsikan, Huawei P30 dikatakan akan menyokong konfigurasi tiga kamera yang sama pada Mate 20. Huawei P30 Pro pula menjanjikan keupayaan kamera yang lebih baik kerana ia dipercayai akan menggunakan fungsi zum optikal jenis periscope yang mirip seperti yang diumumkan oleh OPPO baru-baru ini.

Imej pengolokan Huawei P30 Pro yang dikongsikan sebelum ini.

Kedua-dua model ini akan dikuasakan dengan pemproses Kirin 980 dengan sokongan 8GB RAM untuk model P30, dan 12GB RAM untuk model P30 Pro. Selain itu kedua-dua model ini juga akan menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W dan bukannya Huawei SuperCharge 40W.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend